Monday 19 March 2018



Ingin Mencari Pembekal Karpet Pejabat Yang Diyakini 
Kualiti & Perkhidmatannya?



Bagaimana kita sebagai pelanggan ingin mengetahui karpet pejabat yang sesuai dengan pejabat kita ataupun sebaliknya? Disini kami akan menerangkan jenis-jenis karpet pejabat yang sering digunakan oleh sektor awam mahupun swasta. Karpet pejabat ini terdiri daripada 2 jenis iaitu :

1) Jenis Gulung (Role)
2) Jenis Tile 

Kami kongsikan kepada anda cara pengiraan untuk karpet pejabat mengikut saiz ruang yang dinginkan. Karpet jenis role ini kebiasaanya akan datang daripada pengilang dimana standard lebar (width) biasanya 12 kaki. Disini kami akan kongsikan cara pengiraan ukuran untuk karpet pejabat anda.


Contoh pengiraan yang mudah ialah mengikut standard (lebar x panjang) seperti berikut :
Ruang bilik / pejabat  ialah 20 x 10.  Kami akan bekalkan karpet role dengan saiz 20 x 12. Dan sebagai pelanggan anda mempunyai lebihan 2 kaki.

Karpet jenis tiles tidak mempunyai masalah kerana jenis ini seperti tiles di rumah-rumah yang sering kita lihat iaitu sekeping-sekeping. Karpet jenis ini akan datang di dalam kotak. Mengikut pengalaman kami sebagai pembekal karpet pejabat, karpet jenis role ini lebih kepada pelanggan yang mempunyai bajet yang terhad. Ianya murah jika dibandingkan dengan karpet tile.

Baru-baru ini terdapat seorang pelanggan yang menginginkan karpet jenis role beserta underlays. Underlays ialah satu lapisan span untuk dijadikan satu lapisan supaya menjadi tebal. Mengikut pengalaman kami sebelum ini sekiranya underlays digunakan lama kelamaan ia akan menjadi lembab dan menjadi busuk serta sukar untuk ditanggalkan. 

Karpet tile ini pula sering digunakan untuk bilik pegawai mahupun pengarah-pengarah. Karpet tile boleh disusun mengikut rekabentuk yang diinginkan mengikut rekabentuk yang yang dikeluarkan oleh kilang. Karpet ini akan nampak lebih eksklusif dan mewah untuk sesetengah perniagaan.

Dibawah ini adalah borang yang kami sediakan untuk anda mengira sendiri sebutharga (quotation) karpet role ataupun tile. Disini kami akan membantu anda untuk mengira sendiri berapa kos yang diperlukan. Senang bukan?

 Cara-cara penggunaan ini adalah seperti kolum kuantiti adalah mengikut kaki persegi (sq feet). Anda hanya perlu klik ke butang kuantiti dan scroll ke bawah mengikut kaki persegi.

 Anda hanya perlu membuat matematik mudah. Contoh kiraan bilik 20 x 10 = 200 sq feet. Kiraan sebenar anda adalah 20 x 12 = 240. Borang ini sebenarnya adalah untuk memudahkan anda sebagai pelanggan mendapatkan quotation sendiri dan tidak perlu untuk telefon, message, whatapps untuk membuat perbandingan harga.

No comments:

Post a Comment

Ingin Mencari Pembekal Karpet Pejabat Yang Diyakini  Kualiti & Perkhidmatannya? Bagaimana kita sebagai pelanggan ingin mengetah...